
PERKHIDMATAN
Bidang Pendidikan & Bimbingan merupakan salah satu teras LegacyQu dalam usaha membangunkan potensi individu dan komuniti melalui pendidikan berimpak tinggi dan bimbingan berstruktur.
Kami memberi tumpuan kepada pembangunan akademik, sahsiah, kepimpinan, kecerdasan emosi serta kesihatan mental, merangkumi pelbagai lapisan umur dan latar belakang.
Program pendidikan dan coaching kami direka secara sistematik dengan pendekatan:
- Akademik dan berasaskan kajian
- Praktikal dan kontekstual
- Berteraskan nilai Islamik sederhana
- Fokus kepada kesejahteraan mental dan emosi
Program ini telah dilaksanakan bersama pelbagai institusi pendidikan, agensi dan organisasi di seluruh Malaysia.
Program pembangunan untuk pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi bagi membina sahsiah, kemahiran insaniah, dan potensi diri ke arah kecemerlangan akademik dan peribadi.
Menawarkan sesi coaching berfokus untuk memperkasa kepimpinan dan pembangunan kendiri, bagi membantu individu mencapai potensi maksimum secara lebih terarah dan berkesan.
Program motivasi berteraskan pembinaan jati diri dan penetapan hala tuju yang jelas, bagi membantu individu membina visi hidup dan matlamat secara holistik dan berfokus.
Modul latihan untuk membantu pengurusan stres, keseimbangan emosi, dan kesejahteraan mental bagi menyokong prestasi serta kualiti hidup yang lebih baik.




















