LegacyQu Sdn. Bhd. komited untuk melindungi privasi dan keselamatan maklumat peribadi pelanggan, pelajar, rakan niaga dan pengguna laman web kami. Dasar Privasi ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, menyimpan dan melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang perlindungan data yang berkuat kuasa di Malaysia.
1. Pengumpulan Maklumat
Kami mungkin mengumpul maklumat peribadi termasuk tetapi tidak terhad kepada:
Nama penuh
Alamat emel
Nombor telefon
Alamat surat-menyurat
Maklumat organisasi atau institusi
Maklumat berkaitan pendaftaran kursus, latihan atau perkhidmatan
Sebarang maklumat lain yang diberikan secara sukarela melalui borang, emel atau komunikasi dengan kami
2. Penggunaan Maklumat
Maklumat peribadi yang dikumpul akan digunakan untuk tujuan berikut:
Mengurus pendaftaran dan penyertaan dalam program latihan, pendidikan dan perundingan
Memberi maklumat berkaitan perkhidmatan, program dan promosi
Menjawab pertanyaan dan memberi sokongan pelanggan
Tujuan pentadbiran dan rekod dalaman
Penambahbaikan kualiti perkhidmatan dan pengalaman pengguna
Mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan
3. Perlindungan & Keselamatan Data
Legacyqu Sdn. Bhd. mengambil langkah-langkah munasabah untuk melindungi maklumat peribadi daripada akses tanpa kebenaran, kehilangan, penyalahgunaan, pendedahan atau pengubahsuaian. Akses kepada maklumat peribadi adalah terhad kepada kakitangan dan pihak yang diberi kuasa sahaja.
4. Pendedahan kepada Pihak Ketiga
Kami tidak akan menjual, menyewa atau mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa kebenaran, kecuali:
Jika dikehendaki oleh undang-undang
Kepada rakan strategik atau pembekal perkhidmatan yang membantu dalam operasi (contohnya sistem pendaftaran, pembayaran atau komunikasi), tertakluk kepada kerahsiaan
Untuk melindungi hak, harta atau keselamatan Legacyqu Sdn. Bhd. dan pengguna
5. Kuki (Cookies)
Laman web kami mungkin menggunakan kuki (cookies) untuk meningkatkan pengalaman pengguna, menganalisis trafik laman web dan memahami corak penggunaan. Anda boleh memilih untuk menyekat kuki melalui tetapan pelayar anda, namun ini mungkin menjejaskan fungsi tertentu laman web.
6. Akses & Kemaskini Maklumat
Anda berhak untuk memohon akses, pembetulan atau pengemaskinian maklumat peribadi anda yang berada dalam simpanan kami. Sebarang permintaan boleh dibuat dengan menghubungi pihak kami melalui maklumat perhubungan yang disediakan.
7. Perubahan kepada Dasar Privasi
Legacyqu Sdn. Bhd. berhak untuk mengemas kini atau meminda Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu. Sebarang perubahan akan dipaparkan di laman web ini dan berkuat kuasa serta-merta.
8. Hubungi Kami
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, aduan atau permintaan berkaitan Dasar Privasi ini, sila hubungi:
LEGACYQU SDN. BHD.
Tel: +603-3358 5886
Tel: +6011-5660 0268
Email: legacyqu2021@gmail.com
Email: info@legacyqu.com.my
