
LegacyQu CARE merupakan sayap kebajikan dan impak sosial di bawah naungan LegacyQu Sdn. Bhd., digerakkan bersama Pertubuhan Legasi Akademi Albab sebagai rakan pelaksana utama.
Inisiatif ini diwujudkan atas kesedaran bahawa kejayaan sesebuah organisasi tidak hanya diukur melalui pencapaian material, tetapi juga melalui sumbangan dan manfaat yang dapat dirasai oleh masyarakat.
LegacyQu CARE memberi tumpuan kepada pelaksanaan program kemasyarakatan dan kebajikan yang merangkumi:
- Pendidikan dan pembangunan ilmu untuk kanak-kanak, belia dan dewasa
- Bantuan asnaf, kebajikan dan sokongan keperluan asas
- Program kesihatan mental dan kesejahteraan emosi
- Program Pembangunan Keluarga (Parenting)
- Pembangunan belia dan kepimpinan komuniti
- Dakwah, penghayatan nilai dan pengukuhan jati diri
- Bantuan bencana, kemanusiaan dan kecemasan
- Program Ihya’ Ramadhan serta bantuan bermusim
Program-program ini dilaksanakan secara inklusif, merangkumi semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang, dengan kerjasama agensi, sukarelawan dan rakan strategik.
LegacyQu CARE mencerminkan komitmen jangka panjang kami dalam membina masyarakat yang sejahtera, berdaya tahan dan berakhlak.




















