Analogi dari Perahu @ Sampan

Bagaimana sebuah perahu @ sampan tidak tenggelam di dalam air ?

Kerana ia mampu memgharungi seluruh permukaan air tanpa air masuk bertakung di dalamnya.

Bila air masuk segera pemilik perahu akan cedok dan buang air tersebut.

Apabila laluan bergelora dengan air yang deras dan ombak yang kuat… ia menggunakan pendayung sebagai penguat kemudi perahu @ sampan.

Namun apabila tidak mampu menahan gelora air maka akan menjauh ia ketepian sehingga kembali tenang.

Begitulah kehidupan ini …,

Jadilah diri sendiri dengan NILAI @ VALUE yang tinggi dan utuh.

Walau kita berada dimana sekalipun, ia tidak akan tenggelamkan diri kita hanyut ditelan persekitaran yang mengancam iman, diri dan adab kita.

Namun apabila persekitaran terlalu genting sehingga kita tidak mampu melawan arus yang boleh merosakkan Nilai Jati Diri kita, asingkan diri @ jauhkan diri dari persekitaran yang boleh merosakkan Nilai Jati Diri.

Dikala ini tenang dan muhasabah diri. Koreksi diri dan cari laluan yang betul atau tunggu sehingga kembali pulih.

Inilah resam kehidupan.

Kita tidak akan lari dari ancaman luar atau persekitaran.

Pokoknya adalah siapa kita ?

Bagaimana kita membawa diri kita dalam pergaulan ?

Bagaimana kita berprinsip dengan iman dan nilai jati diri kita ?

Semoga kita tetap terus menjaga nilai diri membina LegasiTaqwa yang terbaik.

Be Humble, Do Better & Be Better.

#LegacyQu

#LegasiTaqwa

#ForensikEmosi

#RahsiaHidupMenawan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *